Saturday, February 19, 2011

orang yg mencintaimu...

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

MAJLIS MAULIDUR RASUL

Salam semua..hurm,,,penat sungguh rasanya badan nih gara2 gotong royong memasak utk majlis maulidurrasul kg Cik Oren semalam.. pagi2 ni pulak tugasan mengemas..
Seronok tau tgk org kg bergotong royong memasak dangan kerjasama pihak sekolah..nnti ade ms trluang Cik Oren upload kn pic yang abg ipar Cik Oren snap smlm..
Di tgh2 kemeriahan majlis mlm td, Cik Oren perhati punye perhati ada juga warga kampung yang tiada..mungkin ade hal..
Penceramah? Dah tentu mmberi banyak info supaya kita menghargai perjuangan Baginda Rasul Allah..
Apa yang menarik ketika perarakan ialah tiada beza umur..semua warga kg terlibat bersama2 berselawat..
Cuma ada yang Cik Oren kesalkan, ada pihak yang masih kolot tdk mahu bkerjasama lantaran berbeza fahaman politik dan ketua... apalah salahnya ketika kita membuat majlis agama sebegini kita saling berstu padu..
Lupakan prbezaan utk seketika..
Mcm apa yang kakak Cik oren katakan..kita umat islam risau akan penganut agama lain menyebarkan agama mereka..tp kita sbgai umat islam sndiri tidak bersatu padu. tp ini sekadar pandangan umum sahaja lah..
Renung2kan... :)

Duhai hati 0003

CIK OREN


Thursday, February 10, 2011

JODOH????

Hari ni Cik oren terasa nak bercakap tentang hal jodoh..
Maklumlah..Cik Oren bukannya muda lagi..tp masih bersendiri..
Ramai pula akhir2 ni kad undangan sampai ke tangan Cik Oren..
Yang bertunang..dan yang berkahwin..
Bila pula giliran Cik Oren? tak tahulah nak ckp..

Jodoh..perlu ke kalau Cik Oren terima sesiapa saje yang bru Cik Oren Kenal?
Kalau kenal lama2 pun still putus ttp xde gunanya kan..
walaupun kadang tu segan bila kawan2 masing2 ade pasangan..
Tgk facebook ke twitter ke..masing2 ade teman..

Tapi bila difikirkan semua ni jd pening pulak..
Jadi kenalah bertawakal pd Allah SWT. Kalau jodoh tu datang cepat..alhamdulillah..
kalau lambat, apalah daya untuk melawan takdir..

pagi ni pulak, ade salah seorang teman Cik Oren dilamar..tapi dia xtahu apa jwpan yang patut di berikan
apa sebabnya Cik Oren xnak lah busybody kan..
Tapi apa yang pasti, die turut menulis yang die blum puas enjoy membujang..
Jadi moga2 dia akan buat kputusan yang terbaik..

Untuk seorang lagi kawan baik Cik Oren tu (Miss X) janganlah sedih2..
belum ada pasangan sekarang bukan penghujung hidup kita kan..
Jangan malu pada masyarakat lain kerana kite x buat salah (Lainlah kalau dok mengusung perut anak xsah taraf)
Jadi segalanya kita serah pada yang SATU..
ALLAH SWT...

Renung2kan.. :)

Duhai Hati 0002

Duhai Hati

Apa perasaan anda bila orang yang sangat anda harap2kan untuk mengingati diri anda datang semula walaupn sebagai seorang rakan??? Perlu kah anda mengungkit segala kesilapan dirinya dahulu? Atau bina semula hubungan seperti biasa walaupun bukan itu yang anda mahukan?

Saya? Panggil saja saya Cik Oren..
Saya buntu memikirkan persoalan ini..
Minda bertelagah sama ada untuk mempersoalkan soal lama untuk mencari jawapan tersembunyi..
Atau lupakan segalanya..dan bina semuanya semula (walaupun sudah agak terlewat)

Akhirnya..fikir punya fikir.. Cik Oren buat satu keputusan muktamad..
Option Kedua.. Cuba bina semula..

Dan..ternyata ini keputusa terbaik..untuk memulakan segalanya.
Everyone deserve second chance kan..
Walaupun bnyak sangat persoalan Cik Oren nak tahu, tapi ntuk persahabatan dan perhubungan, mungkin adalah terbaik untuk Cik Oren pendamkan sahaja.. Betul kan?

Dalam kehidupan, hati Cik Oren selalu sangat berbelah bahagi..
Untuk membuat keputusan terbaik adakalanya melukakan hati orang lain..
Tanpa Ck Oren sedari..

Duhai Hati...0001